top of page
shaunlol

Bantuan PKP "Pemulih"

Updated: Jul 21, 2022




Semalam, saya telah meneruskan aktiviti menyampaikan bantuan kepada keluarga-keluarga terkesan di Kepong. Sewaktu melawat mereka semalam, saya betul-betul berasa sedih dengan situasi yang mereka hadapi.


Disebabkan PKP, mereka kehilangan kerja dan mata pencarian. Apa yang lebih meruntun jiwa adalah kebanyakan daripada mereka ini mempunyai anak-anak yang masih kecil.


Semalam, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej “PEMULIH” yang dianggarkan bernilai RM150 billion. Besar jumlahnya bukan? Tetapi permasalahan yang kita dilihat di sini, bantuan yang diumumkan pada tempoh PKP sebelum ini pun masih ada yang belum dapat. Saya sudah bertemu dengan sekumpulan individu di mana permohonan BPR mereka ditolak. Kita belum lagi menyentuh isu mereka yang tidak tahu di mana untuk memohon bantuan-bantuan tersebut.

Masalah teknikal di laman sesawang agensi kerajaan juga kerap berlaku, menyebabkan kesusahan kepada orang ramai untuk memohon bantuan. Cerita tentang rakyat pergi ke pelbagai jenis pejabat pihak kerajaan juga banyak saya dengar. Apabila di pejabat ini tidak boleh, harus pergi ke pejabat sana, dan begitulah kitarannya.


Rakyat saat ini hidup melarat dan di dalam kesesakan yang nyata, tetapi bantuan dari pihak kerajaan terpaksa ditunggu berbulan lamanya! Adakah kerajaan Perikatan Nasional benar-benar mahu membantu rakyat yang sedang bergelut dalam kesusahan atau mahu hanya mahu berpegang kepada kuasa yang sedia ada?


Kepada mereka di Kepong yang mengalami kesusahan, kalian boleh hubungi saya. Saya tahu ada yang malu mahu meminta bantuan. Saya mohon untuk kali ini, ketepikan sifat malu tersebut dan mohonlah bantuan. Jangan biarkan anak-anak kita berlapar di malam hari.

Selagi saya boleh bantu, saya akan cuba sebaik mungkin. Sama-sama kita harungi waktu yang sukar ini

2 views0 comments

Comments


bottom of page