Semalam, pihak kami telah menyampaikan bantuan tunai RM1,500 kepada setiap 4 orang pesakit buah pinggang khusus di kawasan Parlimen Kepong bagi meringankan beban kewangan mereka.
Saya juga mengalu-alukan penduduk Kepong yang memerlukan bantuan rawatan dialisis untuk memohon kepada kami bantuan khas tersebut. Semoga dengan bantuan tersebut dapat membantu mereka mendapatkan rawatan yang sebaiknya.
Saya juga sempat memberikan bantuan baucer membeli-belah bernilai RM300 kepada seorang ibu tunggal yang memerlukan bantuan kecemasan. Tanpa mengira siapa, kami sedia membantu anda yang memerlukan. #ForKepong
Comments