top of page

Penyampaian Tablet Baru untuk murid




Baru-baru ini, saya telah menyampaikan bantuan tablet kepada beberapa murid yang memerlukan di Kepong. Hari ini juga saya berjaya mendapatkan dua buah tablet baru untuk dua orang pelajar memerlukan di Kepong.

Saya gembira melihat adik Wong dan adik Letchumi mendapat tablet baru. Memandangkan sesi pembelajaran kini di atas talian, alatan elektronik seperti ini tablet ini sangat penting bagi memastikan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Memetik mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik, negara kita sedang berdepan dengan potensi generasi cicir dan perkara tersebut sangat merisaukan. Semenjak pelaksanaan PKP bulan Mac tahun lepas, saya mendengar banyak kisah-kisah pelajar yang terpaksa berhenti sekolah kerana tiada peranti elektronik untuk meneruskan pembelajaran atas talian.


Laptop yang dijanjikan kerajaan pula, hilang entah ke mana. Belum lagi masuk soal motivasi para pelajar kita. Saya pasti ramai sudah lelah dengan persekitaran sekarang.

Apa yang Kementerian Pendidikan sedang lakukan sebenarnya? Apakah mereka tiada rancangan kukuh untuk menangani isu ini.


PKP sudah tiga kali, tetapi rancangan untuk anak-anak kita "yilek" semua! Mohon cakna Kementerian Pendidikan Malaysia! Masa depan anak-anak kita perlu dijaga dengan baik!

1 view0 comments

Comments


bottom of page